Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM)
PENGENALAN
Apakah kursus induksi?
Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (KIPPKM) merupakan asas pengenalan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Ia merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk diperaku sebagai personel SPKM seperti Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) atau Pengurus Pusat Bertauliah (PPB). Kursus-kursus induksi ini dilaksanakan selama dua hari secara bersemuka/ talian oleh CIAST atau penganjur kursus yang dilantik.
INDUKSI PP-PPD-PPB
Kursus Induksi PP-PPD-PPB memberi kefahaman asas SPKM dan merupakan syarat yang perlu dipenuhi bagi tujan dilantik sebagai personel SPKM seperti Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD), Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
INDUKSI PP-PPT
Kursus Induksi PP-PPT memberi kefahaman kepada peserta tentang persijilan melalui kaedah PPT. Ia juga merupakan salah satu syarat untuk dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) dan Pegawai Pengesah Luaran- Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT).
INDUKSI PPL
This course is mandatory for all food handlers under Malaysia’s Food Hygiene Regulation 2009 issued by the Ministry of Health. It is also recommended for those indirectly involved in the food industry to build awareness of basic food hygiene and prevent foodborne hazards.
PERAKUAN PERSONEL PENIALAIN & VERFIKASI BERDASARKAN KAEDAH PERSIJILAN YANG BOLEH DIMOHON SECARA DALAM TALIAN MELALUI SYSTEM MYSPIKE
Kelayakan Peserta Kursus Induksi
Kelayakan peserta-peserta bagi semua kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia adalah seperti berikut:-
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia; atau pemastautin tetap (PR)
Bilakah sijil dan keputusan akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?
Keputusan dan sijil kursus induksi akan diumumkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pelaksanaan kursus melalui system MySPIKE.
Bagaimana hendak menyertai kursus Induksi?
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat melalui penganjur berdaftar berdasarkan Jadual Penganjuran Kursus yang boleh didapati di laman web CIAST>KURSUS>JANGKA PENDEK (KURSUS INDUKSI) >JADUAL KIPPKM
Berapakah yuran peserta?
Bayaran penyertaan yang dikenakan oleh penganjur ke atas peserta tidak melebihi RM350.00 seorang
( tidak termasuk 8 % SST)




